mesti korang biasa ngan tajuk nie kan
tp walaupun korang lahir pda bulan yg sama
ia tetap jugak berbeza...
dari segi tahun korang lahir
mengikut kalender islam ke cina ke...
pas 2..korang nie anak ke berapa dlm keluarga...
aku plak lahir bulan 11...
so ciri yg lahir pada bulan 11 mengikut >Dr Fadhilah Kamsah
November
♥ banyak idea dalam sesuatu perkara
♥ perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
♥ otak dan pemikiran yang sangat tajam
♥ cara berfikir lain dari orang lain
♥ berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
♥ banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
♥ penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
♥ sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
♥ sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
♥ amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
♥ daya firasat sangat halus dan tinggi
♥ bagus sebagai doktor
♥ cermat dan teliti
♥ personaliti dinamik
♥ tidak hargai pujian
♥ bercita-cita tinggi
♥ terlalu degil dan keras hati
♥ apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
♥ sangat rajin dan berkemampuan tinggi
♥ kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
♥ pandai mendorong diri sendiri
♥ berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
♥ mudah ambil berat terhadap orang lain
♥ tak suka marah kecuali tergugat
♥ pandai muhasabah diri
♥ romantik
♥ tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
♥ suka duduk di rumah
♥ tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
tp aku rasa x semua btul pun...
sbb aku xde jdi DR. pun
mgkin Dr yg ada Phd x..hehe :)
romantik??urmmm...no komen about that..hik3
sbb ada yg kata aku nie x romantik lgsung..hahaha
lau korang nak tau tuk korang nye bulan plak
klik link nie (wpun korang msti dh tau nye)
untuk haribulan pun ada...
aku lahir pada 9hb
jadi ciri² aku >
Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
☼Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif.
☼Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra.
☼Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan.
☼Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya.
☼Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius
terutamanya yang berhubung dengan orang ramai.
☼Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis
semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.
☼Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
hahaha...yg last 2 beware about that "mementingkan pershabatn"
yeke???urmmmmm..entah laa
terperasan???adakah aku sebegituuuuuu..hahahha
tentu korang nak tau jugak kan..klik jee link tadi...
lau mlas nak ke ats alik..klik sini
sekarang plak..lahir dalam bulan ISLAM
kalau nak tau klik link nie plak
so, aku lahir pada hari ISNIN
bersamaan 17 Rabiulawal 1408
jadi ciri² tuk buln Islam aku
Rabiulawal
§ Perwatakannya baik.
§ Mungkin dia akan mendapat pangkat besar,
menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.
§ Dalam pekerjaan ramai yang suka.
§ Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar,
hatinya keras dan mudah marah
opsss sifat -ve aku ......
adakahhhh sebegitu...heeee ^_^
mudh mrah ada msa gak laa....
nie adalah ciri² dlm buln Islam
yg leh korang tau...
HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan,
menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku.
Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya.
Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna,
walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana
bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu,
jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari.
Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,
selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar,
menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.
Dalam pekerjaan ramai yang suka.
Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar,
hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap.
Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu.
Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi.
Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya.
Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya,
yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.
Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik
agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya,
masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal.
lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik
agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik.
Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri
dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil.
Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA'ABAN
Perwatakannya baik.
Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya.
Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri.
Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya.
Dia tidak suka menonjolkan diriya.
Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras.
Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
Hal ini membahayakan hidupnya,
oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul
bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya,
dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk.
Dia banyak berfikir, kerana sifat ini,
satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir,
perbuatannya kadang kala menjadi keliru.
Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir
untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula.
Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri.
Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya.
0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,
dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya.
Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
_____________________________
opssss...ada lagi tau..x sudah lagi nie...
tetiba ada yg menarik minat aku untuk mencuba nye..
korang pun cuba laa...
saje suka²
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour
Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..
2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin
↓
↓
↓
aku wat semua 9....dri kotak 1 smpai 3
glmr ke???
tipuuu..mne ada...