Thursday, February 17, 2011

for information....Seks ketika hamil?

baca paper hari nie...
tgk ada tajuk yg menarik minat aku...


sblum nie aku pikir klu hamil x leh malakukn hubungan sex...
rupenye aku salah....


Hubungan intim tak jejas kehamilan 
Tiada sebab hubungan intim itu boleh menjejaskan kehamilan, kata Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby. 
Jika wanita mengandung rasa tidak selesa untuk bersetubuh kerana keadaan pening dan loya, itu tidak mengapa. 

“Tiada apa yang akan berlaku kepada janin jika hubungan dilakukan kerana tiada kemungkinan anggota kelamin suami terkena kandungan dan tidak mengganggu kandungan dalam perut,” katanya. 

Jelasnya, anggota kelamin dan rahim wanita adalah dua organ yang berbeza kedudukannya walaupun terdapat komunikasi antara organ berkenaan. Pangkal rahim tebal dan pembukaannya ditutup rapat oleh lendir yang tebal serta tiada kemungkinan untuk bahagian itu terbuka. 

Beliau berkata, hubungan kelamin tidak menjadi masalah kecuali jika doktor melarangnya. Larangan itu disebabkan oleh pelbagai faktor yang berlaku berikutan keadaan kesihatan. 

Antaranya: 

  • apabila keadaan kesihatan wanita itu tidak mengizinkan seperti pendarahan selepas persetubuhan, yang mungkin petanda awal kemungkinan akan berlaku keguguran janin. 


  • jika suami menghidap penyakit yang boleh menjangkiti wanita itu, kecuali penyakit itu sudah sembuh, 


  • keadaan uri lekat atas atau berdekatan serviks yang boleh mengakibatkan pendarahan jika uri renggang, 


  • keadaan pangkal rahim yang renggang (cervical incompetence), yang boleh menyebabkan ia terbuka atau apa apa saja yang boleh memudaratkan kesihatan wanita atau anak dalam kandungan 

    Tambah Dr Ismail, pada peringkat awal kehamilan, mana mana posisi hubungan intim juga sesuai. Kekerapan hubungan kelamin semakin berkurangan apabila si isteri mula rasa kurang minat melakukannya. “Apabila tahap kehamilan meningkat dan perut pun besar, posisi biasa tidak lagi sesuai. Posisi tertentu seperti posisi mengiring, posisi isteri di atas atau posisi yang sesuai dan selesa untuk kedua-dua dua pasangan boleh dilakukan,” katanya. 

    Sebagai nasihat, Dr Ismail berkata, suami perlu tahu sedikit sebanyak mengenai perkara yang tidak diingini, yang boleh berlaku ketika persetubuhan dilakukan ketika isteri sedang hamil. 

    “Apa pun posisi seks, suami harus pastikan isteri selesa. Jangan meletakkan tekanan atau berat badan pada perut isteri, jangan berlebihan, terlalu kasar atau lupa diri selama hubungan intim berlangsung. 

    “Jika si isteri mengalami masalah pendarahan selepas persetubuhan atau pada bila bila masa, suami perlu akur nasihat doktor,” katanya.
  • No comments:

    Post a Comment